Friday, 4 April 2014

Hari Pustakawan Sekolah

Selamat Hari
Pustakawan Sekolah!!!
4 April merupakan Hari Pustakawan Sekolah. Hari ini disambut sejak 1985 bagi meraikan pustakawan-pustakawan sekolah. Selain itu, pustakawan juga akan merangka aktiviti dan program bagi meningkatkan lagi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Hari ini juga disambut bagi menghargai tugas pustakawan yang sentiasa membantu rakan-rakan mereka dalam urusan pinjaman buku, pengurusan buku-buku di pusat sumber, kebersihan dan keceriaan, program yang dijalankan oleh unit PSS dan sebagainya. Admin psssmkbtm.blogspot.com mewaklili semua ahli jawatankuasa PSS mengucapkan Selamat Hari Pustakawan Sekolah kepada semua pustakawan SMKBTM ^_^

Berikut merupakan antara tugas yang dilakukan oleh pustakawan PSSSMKBTM;

Pustakwan sedang mengecop perolehan dan hak milik



Menyusun buku di rak yang disediakan


  
Membantu murid dalam urusan pinjaman buku

Sambutan Hari Buku Kanak-kanak Peringkat Sekolah

Hari Buku Kanak-kanak Sedunia
PSS SMKBTM turut menyambut Hari Buku Kanak-kanak Sedunia. Fokus diberikan kepada murid tingkatan 1 dan tingkatan 2. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam ketika murid berada di Pusat Sumber :)



Tuesday, 1 April 2014

Selamat Hari Buku Kanak-kanak Sedunia 2014!!!


Selamat Hari Buku Kanak-kanak
Sedunia 2014!!!
Setiap tahun, pada tanggal 2 April, masyarakat dunia menyambut Hari Buku
Kanak-kanak Sedunia. Sambutan ini bermula sejak tahun 1967 lagi dan tarikh ini dipilih sempena tarikh lahir Hans Christian Anderson, penulis cerita dongeng terkenal dari negara Denmark. Hari ini disambut di seluruh dunia bagi memberi inspirasi kepada kecintaan untuk membaca dalam kalangan kanak-kanak dan juga untuk menarik perhatian untuk membaca buku kanak-kanak.


       Setiap tahun, sambutan akan diadakan di sesebuah negara yang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Pada tahun ini, Ireland menjadi tuan rumah dengan tema “Imagine Nations Through Story”. Jadi, marilah kita warga SMKBTM menyambutnya bersama warga dunia yang lain pada hari ini. Sebarkan kecintaan terhadap buku bermula dari kecil! Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI BUKU KANAK-KANAK SEDUNIA! ^_^


Sunday, 30 March 2014

#Pray4MH370#








Warga PSS SMKBTM mendoakan semoga pesawat MH370 segera ditemui. Kami juga mendoakan yang terbaik buat semua penumpang dan krew penerbangan....

*Kredit untuk gambar yang dikongsikan

Ayuh Jadikan Membaca Amalan Kita!!!

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. 

 Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.




Apabila menyusuri sirah Islam, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantara malaikat Jibril A.S di Gua Hira' ialah "Iqra'" yang bermaksud bacalah. Melalui peristiwa ini, dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa membaca amat dititikberatkan dalam ajaran Islam.

Pepatah Cina juga mengatakan "Buku umpama sebuah taman yang dibawa di dalam poket". Kata-kata yang indah ini menggambarkan betapa berharganya nilai membaca buku. Melalui pembacaan, banyak maklumat dan pengetahuan baru yang diperoleh dan seterusnya dapat dijadikan panduan dan pegangan dalam menjalani kehidupan. 

Buku-buku yang berkaitan pengalaman tokoh misalnya, dapat kita ambil iktibar dan contohi segala sikap baik mereka manakala punca kegagalan atau kesilapan yang mereka hadapi dapat dijadikan iktibar dan sempadan buat kita.

Oleh itu, jadikanlah amalan membaca ini sebagai hobi dan kegemaran kita. Segala ilmu yang ada di dalamnya sentiasa memberikan kita panduan dalam menjadi insan yang seimbang dan berjaya. Ayuh Membaca!