NILAM
NADI ILMU AMALAN MEMBACA
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998
OBJEKTIF NILAM
· Menggalakkan pelajar banyak membaca.
· Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
· Mencari TOKOH NILAM yang mewakili daerah ke peringkat bahagian.
TAHAP PELAKSANAAN
Merangkumi 2 Tahap :
Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat mem -
Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat mem -
baca sehingga terbina satu tabiat yang dikenal
sebagai Jauhari.
Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan
Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan
murid dan penggunaan bahan dalam
aktiviti galakan membaca.
Sesi penilaian
Sesi Penilaian akan merangkumi 2 bahagian iaitu :
1. Ujian Lisan - Meliputi aspek-aspek Pengesanan Minat Membaca, Pengesanan Kemahiran Membaca, Pengesanan Pengetahuan, Pengesanan Penghayatan dan Aspresiasi Pembacaan.
2. Ujian Penulisan - Menjurus kepada pengesanan kemahiran membuat rumusan atau ulasan.

SISTEM GANJARAN
Tahap Jauhari - Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan
|
Pengikhtirafan
|
72 – 143
|
GANGSA
|
144 – 215
|
PERAK
|
216 – 287
|
EMAS
|
288 – Ke Atas
|
NILAM
|
Tahap Rakan Pembaca ( RP )
Pengiraan markah berdasarkan jumlah pendengar, penonton, pembaca atau peminjam buku untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid yang telah mencapai RP dengan bimbingan guru. Contoh kiraan :
Bercerita : 1 sesi x 20 Pendengar = 5 Markah
Pengiraan markah berdasarkan jumlah pendengar, penonton, pembaca atau peminjam buku untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid yang telah mencapai RP dengan bimbingan guru. Contoh kiraan :
Bercerita : 1 sesi x 20 Pendengar = 5 Markah
Jumlah Bacaan
|
Pengikhtirafan
|
100 – 199
|
GANGSA
|
200 – 299
|
PERAK
|
300 – 399
|
EMAS
|
400 – Ke Atas
|
NILAM
|
SELAMAT MEMBACA!!! ^_^
No comments:
Post a Comment