Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.
Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.
Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.”
Kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat
- Kemahiran Maklumat
- Kemahiran Membaca
- Kemahiran Belajar
- Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
- Kemahiran ICT
- Kemahiran Komunikasi
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui
pelbagai strategi pengajaran:
• Melalui Kerja Kursus
• Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah,
Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain)
• Melalui Aktiviti di dalam Kelas
• Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
• Melalui Kerja Kendiri (independent study)
• Melalui Program/Aktiviti PSS
• Melalui Program Membaca
• Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain
Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, Internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.
No comments:
Post a Comment